Hajiji sokong usaha tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

Maximus ketika hadir pada mesyuarat GRS yang pertama di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Maximus ketika hadir pada mesyuarat GRS yang pertama di Kota Kinabalu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai usaha untuk menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju mendapatkan kerusi tambahan itu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Menurutnya, apabila Sabah dan Sarawak bersama Malaysia, perkara itu antara yang dipersetujui untuk wilayah Malaysia Timur mendapatkan kerusi Parlimen sekurang-kurangnya satu pertiga.

"Jadi kita akan teruskan usaha seperti yang dinyatakan Dr Maximus," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat GRS, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung cadangan supaya perkara itu dibincangkan secara terbuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Maximus berkata, perkara itu sudah pun beliau bahas di Parlimen.

"Saya sudah bahas perkara ini di Parlimen kerana pada tahun 1963, kerusi Parlimen bagi Sabah, Sarawak dan Singapura ialah 35 peratus manakala selebihnya di Semenanjung.

"Apabila Singapura keluar Malaysia, 15 peratus kerusi Parlimen diambil Semenanjung antara 74 hingga 75 peratus dan semakan mendapati hampir 22 hingga 25 peratus kekosongan yang ada.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu menegaskan bahawa DUN Sabah dan Sarawak harus sokong dan bahaskan perkara itu dalam sidang DUN.

Artikel Berkaitan:

"Saya cakap semalam (Khamis) DUN Sabah, Sarawak kena sokong dan bahaskan untuk menguatkan lagi desakan perkara ini," katanya.