Sidang DUN: Air Selangor rangka pelan operasi LRA jika banjir

Loy Sian
Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Air Selangor sedang merangka pelan tindakan bagi memastikan operasi Loji Rawatan Air (LRA) tetap dapat disalurkan kepada pengguna sekiranya banjir.

EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, antara pelan itu termasuk penyediaan unit motor dan panel pemula tunggu sedia.

Selain itu, katanya, pelan yang dirancang Air Selangor ialah mengubah kedudukan panel pemula ke tempat lebih tinggi serta mengkaji kesesuaian penggunaan pam dari jenis pemacu menegak yang dapat mengelakkan motor daripada ditenggelami air.

"Bagi pelan jangka panjang, Air Selangor akan mempertimbangkan untuk melantik jurutera perunding bagi menilai semula reka bentuk muka sauk sedia ada dan keseluruhan loji-loji yang berisiko tinggi untuk keperluan penambahbaikan dalam menghadapi banjir," katanya.

Beliau semasa menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada Jumaat.

Kata beliau, penglibatan semua pihak berkepentingan seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan amat penting dalam menyelesaikan perkara itu secara menyeluruh.

"Ia turut mengambil kira kajian dan kerja yang telah atau sedang dilaksanakan oleh semua pihak," katanya.

Artikel Berkaitan: