Liga Europa: Barcelona cipta kebangkitan di Galatasaray

Aubameyang meraikan gol kemenangan The Catalan ketika bertemu Galatasaray di Stadium NEF.
Aubameyang meraikan gol kemenangan The Catalan ketika bertemu Galatasaray di Stadium NEF.
A
A
A

BARCELONA bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk melakar kemenangan 2-1 bertemu Galatasaray seterusnya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Europa dengan agregat 2-1.

Anak buah Xavi Hernandez yang terikat dengan gergasi Liga Super Turki di Camp Nou itu tampil ke Stadium NEF dengan misi mustahil apabila terlebih dulu diasak kem tuan rumah.

Galatasaray terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan pemain pertahanan Brazil, Marcao pada minit ke-28 hasil sepakan sudut.

Begitupun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Pedri menjaringkan gol penyamaan Barcelona selepas menerima hantaran Ferran Torres pada minit ke-39.

Bekas penyerang sensasi Arsenal,Pierre Emerick Aubameyang kemudian muncul wira The Catalan apabila meledak gol kemenangan pelawat hasil tandukan padu di minit ke-49 menewaskan penjaga gol Galatasaray, Inaki Pena.

Sementara itu, Rangers menyertai Barca dalam pusingan lapan terakhir walaupun tewas 2-1 di Stadium Rajko Mitic kepada Red Star Belgrade setelah mara dengan agregat kemenangan 3-2.

Mirko Ivanic memberi harapan kepada kelab Serbia itu dengan menjaringkan gol pembukaan pada awal separuh masa pertama, namun sensasi Scotland itu tampil bertahan selepas Ryan Kent menyamakan kedudukan selepas rehat.

Biarpun begitu, El Fardou Ben kembali meletakkan tuan rumah di depan pada masa kecederaan selepas menyempurnakan sepakan pada minit ke-93.

Artikel Berkaitan:

Braga juga turut mara dengan agregat 3-1 selepas melakar keputusan seri 1-1 di Monaco dan memenangi perlawanan pertama 2-0 di Portugal.

Di Jerman, gergadi Seriae A Atalanta menang 1-0 di Bayer Leverkusen hasil jaringan lewat Jeremie Boga untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-2.

Sementara itu, West Ham United bangkit daripada kekalahan 0-1 di Sevilla apabila menjinakkan kelab La Liga tersebut 2-0 di London untuk mara dengan agregat 2-1.

Turut sama mara ke suku akhir, kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt yang menewaskan Real Betis 3-2 secara agregat selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Kelab Ligue 1 Perancis, Lyon juga mengesahkan slot suku akhir biarpun terikat 1-1 berdepan Porto apabila mara dengan agregat 2-1.