Puteri UMNO Bera cadang Ismail Sabri sebagai 'poster boy' PRU15

Ismail Sabri beramah mesra bersama perwakilan, Shalina Dolmat dan bayi, Nur Aufa Zahirah Mohd Nor Azlan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara pada Khamis.
Ismail Sabri beramah mesra bersama perwakilan, Shalina Dolmat dan bayi, Nur Aufa Zahirah Mohd Nor Azlan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Ab Rahman mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai 'poster boy' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, faktor 'poster boy' penting dalam membantu kemenangan BN dalam PRU15 dan saranan agar Ismail Sabri diberi penghormatan itu bukan bermaksud untuk mengetepikan kepimpinan parti yang lebih atas.

"Tanpa mahu mengenepikan kepimpinan lebih atas, namun takdir telah meletak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Terimalah takdir ini dan berlapang dada demi perjuangan parti.

"Anak penoreh getah ini telah menunjukkan kebolehan dan kemampuan memimpin negara dalam tempoh beberapa bulan ini sehingga mendekati hati dan sanubari rakyat dengan kasih sayang Keluarga Malaysia.

"Sebagai Perdana Menteri, beliau telah membuat pelbagai perubahan terutama dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat bawahan. Alangkah baiknya, jika kita mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' dalam PRU akan datang," katanya semasa membahaskan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) pada Khamis.

Pada ucapan sama, Salmiah berkata, Puteri UMNO Pahang sangat menghargai pendirian Perdana Menteri untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana ia harus kekal sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara.

Ketua Puteri Umno Bera, Salmiah Ab Rahman
Ketua Puteri Umno Bera, Salmiah Ab Rahman

Katanya, apa yang dilakukan Ismail Sabri bukan sahaja mengisi tuntutan Artikel 152 Perlembagaan berkaitan dasar bahasa kebangsaan,malahan mengangkat semula bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Seharusnya kita perlu merasa bangga apabila Perdana Menteri, yang merupakan Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Bera,menggunakan bahasa kebangsaan ketika lawatan rasmi ke negara-negara Asean baru-baru ini.

"Jika negara seperti Indonesia boleh menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, maka kita juga boleh melakukan sedemikian tanpa segan silu.

"Dengan kesungguhan Perdana Menteri memartabatkan bahasa Melayu,maka Puteri UMNO Pahang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi memastikan semua pelajar asing diwajibkan belajar bahasa Melayu," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri atas pengumuman Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

"Kalau mencari tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai. Kalau mencari pemimpin sejati, pertama elok, kedua pandai. Demikianlah pantun yang menggambarkan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menentukan masa dan ketika untuk meluluskan pengeluaran khas KWSP," katanya.