Koperasi PDRM empat terbaik bagi tahun 2021

Razarudin (tengah) dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kop Mantap Berhad bersama Rakan Strategik di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pada Khamis.
Razarudin (tengah) dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kop Mantap Berhad bersama Rakan Strategik di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobat di kedudukan keempat terbaik daripada 100 koperasi di negara bagi tahun 2021.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan standard yang telah pun ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Dasar Koperasi Negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan Koperasi PDRM yang telah bertungkus-lumus memastikan matlamat koperasi mencapai sasarannya.

"Insya-ALLAH dengan kesungguhan Kop Mantap Berhad mencari lebih banyak lagi peluang kerjasama dengan rakan-rakan strategik, saya yakin ia dapat membantu melonjakkan lagi sektor pelaburan koperasi, seterusnya mengukir lebih banyak kejayaan kepada Koperasi PDRM, pada tahun ini.

"Kita (PDRM) mempunyai lebih 100,000 ahli koperasi yang mendapat manfaat, faedah dan memorandum yang ditandatangani serta percaya dengan terjalinnya memorandum ini akan meningkat kejayaan lebih memberangsangkan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kop Mantap Berhad bersama Rakan Strategik di Maktab PDRM, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya, jalinan kerjasama strategik ini turut membabitkan syarikat HeiTech Padu Berhad, Syarikat Simba Electric Group Sdn Bhd, syarikat Pencetakan Surya Sdn Bhd dan Syarikat Nasdeem Ventures Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi PDRM, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, Koperasi PDRM dan Kop Mantap Berhad sentiasa berusaha keras dalam memastikan syarikat kekal berdaya maju walaupun berdepan dengan situasi ketidaktentuan ekonomi dan krisis kesihatan.

"Sejak ditubuhkan pada 1993, Kop Mantap Berhad telah meneroka pelbagai bidang bagi mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini Kop Mantap Berhad adalah selaras dengan Dasar Koperasi Negara dan mentransformasikan ekosistem koperasi sekali gus menjadi pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang Inklusif," katanya.