Perhimpunan sayap lancar, pembahas beri cadangan baik

Ismail Sabri diiringi Presiden Kelab UMNO Siswa, Ahmad Al-Mubarak Mohamed Kunyi (kiri) ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri diiringi Presiden Kelab UMNO Siswa, Ahmad Al-Mubarak Mohamed Kunyi (kiri) ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis berpuas hati dengan perjalanan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang disifatkannya berjalan lancar.

Naib Presiden UMNO itu yang sempat meluangkan masa di sebalik jadual padat dengan meninjau perjalanan mesyuarat ketiga-tiga sayap itu, berkata pembahas telah mengemukakan pelbagai cadangan yang baik demi masa depan parti.

"Saya sempat meninjau persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri dan Alhamdulillah, saya lihat perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

"Saya dapat mendengar pembahas daripada tiga sayap dan juga tulang belakang (UMNO) iaitu Wanita dan pembahas dapat membahaskan dengan baik dan memberikan cadangan yang baik demi masa depan parti,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau perjalanan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang berlangsung sepenuhnya secara bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, di sini pada Khamis.

Perdana Menteri tiba pada jam 10.56 pagi menerima tepukan gemuruh perwakilan daripada ketiga-tiga sayap UMNO semasa melakukan tinjauan malah terdapat juga perwakilan yang sedia menanti untuk berswafoto.

Semalam, perhimpunan agung sayap itu dirasmikan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: