Tentera Rusia kehilangan seorang lagi jeneral

Oleg Mityaev -Foto eas12westnews
Oleg Mityaev -Foto eas12westnews
A
A
A

KIEV - Rusia telah kehilangan seorang lagi jeneralnya dalam perang di Ukraine di bandar Mariupol, kata Kementerian Dalam Negeri Ukraine pada Selasa.

Mejar Jeneral Oleg Mityaev, 47, maut dalam pertempuran di sekitar bandar Mariupol yang dikepung tentera Rusia, kata kementerian tersebut.

Mayat jeneral itu turut disiarkan selepas dia maut di medan perang.

Ia merupakan jeneral Rusia keempat yang didakwa terkorban di dalam perang Ukraine.

Tujuh lagi pejuang elit pasukan keselamatan Rusia turut terkorban dalam pertempuran di Ukraine.

Gambar enam anggota itu disiarkan di Rusia sebelum seorang lagi anggota pasukan elit itu diumumkan turut maut dalam perang tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: