Tahniah Shereen Vallabouy!

Shereen meraikan kejayaan memenangi emas acara 400m pada Kejohanan Divisyen 2 Trek dan Padang Dalam Dewan di Pittsburg, Kansas, AS hujung minggu lalu.
Shereen meraikan kejayaan memenangi emas acara 400m pada Kejohanan Divisyen 2 Trek dan Padang Dalam Dewan di Pittsburg, Kansas, AS hujung minggu lalu.
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada Shereen Vallabouy yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter di Kejohanan 2021-22 US National Collegiate Athletic Association (NCAA) division II track & field, Pittsburg State University Kansas, baru-baru ini.

Dalam ciapan di Twitter, Ahmad Faizal turut memaklumkan, atlet berusia 23 tahun itu juga merupakan atlet wanita pertama yang mencatatkan 53.79 saat dan memperbaiki catatan beliau iaitu 54.94 saat pada bulan lalu sekali gus mengatasi catatan 54.58 saat milik Noorseela Mohd Khalid, 16 tahun yang lalu.

“Tahniah Shereen Vallabouy! Legasi kejayaan yang diteruskan, atas kejayaan beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400m di Kejohanan 2021-22 US National Collegiate Athletic Association (NCAA) division II track & field, Pittsburg State University Kansas.

“Shereen juga merupakan atlet wanita pertama yang mencatatkan 53.79 saat dan memperbaiki catatan beliau 54.94 saat pada bulan lalu sekali gus mengatasi catatan 54.58 saat milik Noorseela Mohd Khalid, 16 tahun yang lalu.

“Tahniah juga kepada ahli keluarga, khasnya ibu bapanya Josephine Mary dan Samson Vallabouy yang merupakan bekas atlet atas sokongan kuat kepada Shereen.Semoga kejayaan Shereen menjadi inspirasi kepada semua atlet,”katanya.

Untuk rekod, Shereen kini mengikuti pengajian di Winona State University, Minnesota, adalah atlet yang mengikuti program latihan 'Kita Juara' kendalian Majlis Sukan Negara sebelum ini.

Atlet berusia 23 tahun itu memilih keluar daripada program latihan MSN selepas ditawarkan biasiswa NCAA untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Shereen tidak akan beraksi di temasya Sukan Sea Vietnam Mei ini kerana terbabit peperiksaan.

Artikel Berkaitan: