Agong, Permaisuri ucap tahniah kejayaan Shereen pecah rekod

Foto Facebook Istana Negara
Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet olahraga negara, Shereen Vallabouy, atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter di Kejohanan US National Collegiate Athlete Association (NCCA) Division II, Amerika Syarikat pada 12 Mac lalu.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada beliau dan juga para atlet kebangsaan untuk terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di kejohanan-kejohanan mendatang,” kata kenyataan itu yang dinaik muat naik sebentar tadi

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Shereen dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Shereen Vallabouy merupakan atlet wanita pertama yang mencatatkan masa 53.79 saat dan memperbaiki catatan peribadi beliau 54.94 saat serta memecahkan rekod wanita kebangsaan 16 tahun yang dipegang selama ini oleh atlet Noraseela Khalid dengan catatan 54.58 saat.

Beliau juga memecahkan rekod 12 tahun bagi Northern Sun Intercollegiate Conference.

Shereen Vallabouy kini menuntut di Winona State University, Minnesota di dalam bidang rekreasi dan pelancongan, dan merupakan anak kepada bekas atlet negara, Samson Vallabuoy dan Josephine Mary.

Artikel Berkaitan: