'Sanggup jual buah pinggang demi beli makanan'

Rakyat Afghanistan beratur untuk menjual buah pinggang di Herat, Afghanistan. - Agensi
Rakyat Afghanistan beratur untuk menjual buah pinggang di Herat, Afghanistan. - Agensi
A
A
A

KABUL - Sebuah perkampungan berhampiran bandar Herat, digelar ' kampung satu buah pinggang' kerana sejumlah besar penduduk telah menjual organ tersebut bagi memenui keperluan hidup, lapor Oddity Central.

Ketika ini, Afghanistan mengalami kemelesetan ekonomi sejak kumpulan Taliban menguasai negara tersebut selepas Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tentera masing-masing pada tahun lalu.

Justeru, rakyat Afghanistan terpaksa bergelut untuk membeli barangan keperluan penting demi meneruskan hidup dengan keluarga masing-masing.

Dalam setengah kes, mereka terpaksa menjual sebelah buah pinggang di pasaran gelap demi membayar hutang atau membeli makanan.

"Saya tidak mahu menjualnya, tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain. Saya lakukan demi anak-anak saya," kata seorang bapa, Nooruddin, 32, memberitahu Agence France Presse.

"Kini saya amat menyesal, saya tidak lagi boleh bekerja kerana sering jatuh sakit dan tidak boleh membuat kerja berat," tambahnya.

Menjual atau membeli organ manusia telah diharamkan dikebanyakkan negara, tetapi aktiviti tersebut di Afghanistan sudah tidak dapat dikawal selagi mendapat persetujuan antara penderma dan doktor. - Agensi

Artikel Berkaitan: