Liew Daren mara ke pusingan kedua kejohanan Seluruh England

Liew Daren.- Foto BadmintonPhoto
Liew Daren.- Foto BadmintonPhoto
A
A
A

PEMAIN profesional negara, Liew Daren menjadi pemain pertama negara yang berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Seluruh England.

Pemain berusia 34 tahun itu lolos ke pusingan seterusnya apabila berjaya menidakkan cabaran pemain Perancis, Toma Junior Popov di Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi.

Pemain yang berada ranking ke-37 tidak berdepan masalah apabila menumpaskan lawannya itu dengan kemenangan ‘straight set’ 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.

Menanti Daren di pusingan 16 terakhir ialah pemenang dalam satu lagi aksi pusingan pertama yang melibatkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen menentang wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Artikel Berkaitan: