Ekonomi China tunjuk momentum positif, beri keyakinan ekonomi dunia

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - China memperlihatkan tanda-tanda positif dalam statisitik pengoperasian eknominya untuk dua bulan pertama tahun ini, sekali gus menyuntik keyakinan kepada pasaran antarabangsa.

Jurucakap Biro Statistik Negara China, Fu Linghui dalam sidang akhbar di sini pada Selasa berkata, data menunjukkan peningkatan indeks permintaan pengeluaran, ekonomi beroperasi dengan kadar rasional dan harga pengguna lebih rendah berbanding jangkaan.

Di samping itu, kadar pengangguran di bandar masih stabil, sementara trend pembangunan dipacu inovasi adalah baik dan industri teknologi canggih berkembang dengan stabil.

"Berikutan penularan wabak Covid-19 yang berulang-ulang, unjuran pasaran terhadap pertumbuhan tahun ini adalah tidak konsisten.

"Justeru, statistik pengoperasian ekonomi pada Januari dan Februari dianggap sebagai petunjuk bagi pihak luar untuk membuat pemerhatian awal bagi sepanjang tahun ini," katanya.

Beliau berkata, ramai pakar berpendapat, statistik ekonomi China itu melebihi jangkaan asal termasuk pembinaan infrastruktur yang menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi mampan.

Untuk rekod, pembinaan infrastruktur meningkat 8.1 peratus pada Januari dan Februari lepas berbanding tempoh sama tahun 2021 apabila hanya mencatat 0.4 peratus.

Dalam perkembangan lain, prestasi pelaburan dalam industri pembuatan pula cemerlang dengan peningkatan sebanyak 20.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagi kadar pertumbuhan purata selama dua tahun untuk kenderaan tenaga alternatif, robot penggunaan industri, mesin pengangkutan dan kelengkapan komputer mikro pula, ia menyumbang lebih 10 peratus.

Selain itu, industri teknologi canggih menjadi tonggak utama bagi peningkatan pelaburan industri pembuatan, selari dengan dasar China iaitu mengekalkan kadar industri pembuatan secara stabil dan menggalakkan perkembangan industri bermutu tinggi. - Bernama