X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Malaysia catat 26,250 kes jangkitan baharu Covid-19

Tujuh negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 26,534 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes 3,872,135.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 25,843 kes tempatan dan 691 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,516 kes atau 39.63 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 15,842 kes atau 59.71 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 65 kes (0.24 peratus), kategori empat dengan 65 kes (0.24 peratus) dan bagi kategori lima adalah 46 kes (0.18 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 176 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 45 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“91 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 40 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 95 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 61 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada melibatkan kes ibu mengandung.

Sementara itu, beliau berkata, empat kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 366.

"Sebanyak 376 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 152 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 224," katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 222 kes dilaporkan dengan 90 kes disahkan Covid-19 dan 132 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 31,234 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,533,994 kes setakat ini.

Dalam masa sama, tujuh negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kuala Lumpur mendahului sebanyak 81 peratus, Putrajaya (67 peratus), Johor (64 peratus), Selangor (60 peratus), Johor (64 peratus)Kelantan (58 peratus dan Melaka (50 peratus).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!