Simeone dibaling objek penyokong Manchester United

Simeone dibaling objek oleh penyokong Manchester United selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford.
Simeone dibaling objek oleh penyokong Manchester United selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone dibaling dengan objek oleh penyokong Manchester United ketika dia meninggalkan padang Old Trafford selepas Atletico Madrid menyingkirkan The Red Devils daripada Liga Juara-Juara.

Renan Lodi menjaringkan gol tunggal perlawanan menyaksikan kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Manchester United dengan agregat 2-1, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

Simeone yang menjadi kebiasaan meninggalkan kawasan bangku simpanan sebaik wisel penamat ditiupkan, kali ini bergegas tanpa berjabat tangan dengan pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick.

Tindakan pengendali Atletico itu menyaksikan dia menjadi sasaran sebahagian para penyokong Red Devils, yang dilihat membaling objek ke arah bekas pemain Argentina tersebut ketika dia menuju ke terowong.

Artikel Berkaitan: