Buah import mahal, makanlah buah tempatan

Buah-buahan boleh membantu kurangkan obesiti dan hindarkan penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan gaya hidup. - Foto fail Bernama
Buah-buahan boleh membantu kurangkan obesiti dan hindarkan penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan gaya hidup. - Foto fail Bernama
A
A
A

HARGA buah import dilaporkan naik sejak beberapa minggu lalu ekoran faktor kos pengimportan dan pengangkutan.

Khabarnya, permintaan yang tinggi khususnya buah yang mengandungi vitamin C seperti oren dan anggur semasa musim Covid-19 ini adalah antara faktor harga naik.

Tak pasti pula sama ada puncanya turut disebabkan perang di Ukraine.

Apa yang Merak Jalanan tahu, Malaysia memang banyak bawa masuk buah-buahan dari luar iaitu kira-kira RM9 bilion setahun.

Merak Jalanan kadang-kala beli juga buah anggur di pasar pagi. Harganya sekitar RM10 atau RM20 bagi 500 gram mengikut kualiti.

Tetapi dengarnya ada peminat anggur yang sanggup berbelanja mewah untuk menikmati anggur Jepun yang boleh cecah RM150 untuk 500 gram.

Buah paling popular menurut Worldatlas.com ialah tomato dengan pengeluaran di seluruh dunia sebanyak 182 juta tan pada tahun 2018, diikuti pisang (116 juta tan), tembikai (104 juta tan), epal (86 juta tan), anggur (79 juta tan), oren (75 juta tan), serta mangga dan jambu batu (55 juta tan).

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan mendedahkan separuh daripada individu dewasa di negara ini berdepan masalah obesiti dan berat badan.

Artikel Berkaitan:

Berita baiknya, makan lebih banyak buah boleh membantu mengurangkan obesiti dan menghindarkan penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan gaya hidup.

Walaupun zat buah-buahan belum terbukti dapat melawan Covid-19 seperti didakwa sesetengah pihak, kajian epidemiologi menunjukkan buah-buahan mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok, mencegah kanser, melambatkan proses penuaan dan sebagai perlindungan terhadap jangkitan.

Kalau buah import mahal, makanlah buah tempatan yang lebih murah. Buah tempatan juga tak kalah enak dan khasiatnya.