Ibu Tuan Ibrahim meninggal dunia


Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KUANTAN - Ibu kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Hasanah Nik Mat meninggal dunia pada petang Selasa.

Berita sedih itu dikongsi Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas melalui hantaran di Facebooknya.

"Dukacita dimaklumkan bonda saya yang tercinta, Nik Hasanah Nik Mat telah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 6.30 petang tadi.

"Mohon doakan agar semua dosanya diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," kongsinya.

Menurutnya, jenazah akan disolatkan jam 10 pagi pada Rabu di Masjid Batu Balai, Jerantut.

Artikel Berkaitan: