Tuchel sanggup pandu kereta, pastikan Chelsea dapat beraksi

Tuchel
Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memberitahu bahawa dia sanggup untuk memandu kereta selepas juara Eropah itu dilarang berbelanja lebih £20,000 (RM109,000) untuk sebarang perjalanan membabitkan perlawanan di tempat lawan.

Jurulatih kelahiran Jerman itu mendedahkan, dia akan melakukan apa sahaja untuk sampai ke Perancis demi memastikan kelab kendaliannya itu dapat beraksi di Liga Juara-Juara menentang Lille awal pagi Khamis ini.

“Maklumat terakhir saya perolehi, kami berjaya mendapat kapal terbang dan akan pergi dan pulang dengan kapal terbang.

"Jika ia tidak berlaku, kami akan menaiki keretapi dan sekiranya tidak dibenarkan juga, saya akan memandu kereta tujuh tempat duduk. Jujur, saya akan melakukannya. Anda boleh pegang kata-kata saya. Saya akan sampai ke sana,”kata Tuchel.

Terdahulu The Blues berdepan beberapa larangan minggu ini susulan keputusan kerajaan United Kingdom yang menyenarai hitam pemilik kelab, Roman Abramovich dan membekukan hartanya.

Antara sekatan dikenakan, juara Eropah itu dilarang berbelanja lebih £20,000 (RM109,000) untuk sebarang perjalanan membabitkan perlawanan di tempat lawan.

Susulan larangan itu, terdapat segelintir penyokong Chelsea mencadangkan kelab menaiki Megabus ke Perancis untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Lille.

Untuk rekod, gol Kai Havertz dan Christian Pulisic meletakkan penyandang juara Chelsea kendalian Thomas Tuchel di kedudukan selesa untuk ke suku akhir apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Lille di Stadium Stamford Bridge dalam perlawanan pertama sebelum ini.

Artikel Berkaitan: