UK beku aset, sekat perjalanan Abramovich

Roman Abramovich
Roman Abramovich
A
A
A

KERAJAAN United Kingdom membekukan aset dan melakukan sekatan perjalanan ke atas Roman Abramovich sekali gus menyebabkan rancangan pemilik Chelsea tersebut menjual penyandang juara Liga Juara-Juara tersebut berdepan persoalan.

Perdana Menteri, Boris Johnson sebelum itu menyatakan sekatan tersebut sebagai merupakan antara langkah terbaru negara berkenaan menyatakan sokongan padu kepada rakyat Ukraine yang berdepan pencerobohan Rusia.

Sementara itu, Setiausaha Luar, Liz Truss berkata, "Sekatan hari ini menunjukkan sekali lagi bahawa oligarki dan kleptokrat tidak mempunyai tempat dalam ekonomi atau masyarakat United Kingdom. Dengan hubungan rapat mereka dengan Putin, mereka terbabit dalam pencerobohannya."

Untuk rekod, Abramovich merupakan antara tujuh oligarki Russia dikenakan sekatan termasuk bekas rakan perniagaannya, Oleg Deripaska, selain Ketua Eksekutif Rosneft, Igor Sechin, Ketua Gazprom, Alexei Miller, pengerusi bank VTB, Andrey Kostin, Presiden Transneft, Nikolai Tokarev dan Pengerusi Bank Rossiya, Dmitri Lebedev.

Artikel Berkaitan: