PAU medan terbaik suarakan desakan PRU15

Perhimpunan Agung UMNO disifatkan medan terbaik untuk pimpinan dan ahli parti menyuarakan pandangan mengenai PRU15. - Foto fail Bernama
Perhimpunan Agung UMNO disifatkan medan terbaik untuk pimpinan dan ahli parti menyuarakan pandangan mengenai PRU15. - Foto fail Bernama
A
A
A

IPOH - Perhimpunan Agung UMNO menjadi medan terbaik untuk pimpinan dan ahli parti menyuarakan pandangan dan desakan untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, menerusi perhimpunan, perkara itu boleh dibincangkan dalam bentuk kekeluargaan berbanding melontarkan pandangan sendiri di media dan media sosial.

Sham Mat Sahat
Sham Mat Sahat

Menurutnya, pada ketika ini majoriti ahli dan bahagian memang mahukan agar PRU15 diadakan segera sebagai jaminan memperkukuhkan struktur kerajaan yang ada.

"Perhimpunan Agung UMNO adalah jalan terbaik untuk suarakan desakan berkaitan pilihan raya ini kerana dari situ kita akan dapat jawapan daripada kepimpinan sendiri.

"Jadi saya jamin, akan ada banyak suara-suara mahu PRU15 ini diadakan segera sepanjang perhimpunan itu nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak itu berkata, di Perak sendiri, daripada 24 bahagian yang ada, boleh dikatakan majoriti membuat usul dalam mesyuarat agar pilihan raya diadakan segera.

"Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedikit sebanyak menyumbang kepada desakan PRU15 ini," katanya.

Artikel Berkaitan: