Gaduh di tempat letak kereta, polis tahan seorang lelaki

Dzulkhairi
Dzulkhairi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki berumur lingkungan 18 tahun bagi membantu siasatan kes pergaduhan di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari di Iskandar Puteri yang tular dalam media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki yang ditahan di lokasi kejadian pergaduhan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu kini direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan, bahagian siku sebelah kiri dan kanan, bahagian lutut kiri dan kanan serta bahagian muka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca punca daripada perselisihan faham antara beberapa lelaki ketika sedang minum minuman keras di sebuah restoran di Taman Nusa Bestari, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kira-kira 10 individu terlibat dalam pergaduhan itu yang masih bebas.

Tular sebuah rakaman video berdurasi 26 saat di laman Facebook yang memaparkan satu pergaduhan sekumpulan lelaki. - Bernama

Artikel Berkaitan: