Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Toh Puan Rahimah Stephens

Foto Facebook Istana Negara
Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Toh Puan Rahimah Stephens, yang meninggal dunia pada Isnin.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Rahimah dan melahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut catatan itu.

Toh Puan Rahimah, 91, adalah balu kepada Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Mohd Fuad Stephens.

Allahyarhamah yang dilahirkan di Beaufort, pernah menjadi Ahli Dewan Negara (ADUN) Kiulu dan merupakan bekas Menteri Kebajikan negeri iaitu wanita pertama yang dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Sabah.

Sebelum itu, Allahyarhamah pernah dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada 1961 sebelum dijenamakan semula sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO). - Bernama

Artikel Berkaitan: