Kereta terbakar ketika isi minyak

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.
Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.

“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.
“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.
Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -16 warden bekas ATM bertugas di lapan MRSM mulai 1 Julai
29 Jun 2026 11:07pmMetMalaysia: Amaran ribut petir dikeluarkan di sembilan negeri
29 Jun 2026 10:57pmDua rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai
29 Jun 2026 03:26pmBekas OCPD Temerloh diarah bela diri 46 pertuduhan rasuah
29 Jun 2026 11:53amBudak 12 tahun maut dibaham buaya
29 Jun 2026 05:42pmLelaki rentung dalam letupan kereta, cubaan bunuh bekas kekasih gagal
29 Jun 2026 08:32am- Iklan -- Iklan -

