Kereta terbakar ketika isi minyak

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.
Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.

“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.
“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.
Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tiga remaja direnjat elektrik, bendera perarakan terkena talian pencawang
14 Oktober 2026 12:20amBNPL: Golongan muda catat 65.9 juta transaksi bernilai RM5.4 bilion
14 Oktober 2026 12:11amLelaki ditahan bawa 4kg dadah di Indonesia bukan warga Malaysia - PDRM
13 Oktober 2026 09:51pmGaris panduan royalti tertangguh, tiga CMO kemuka semakan kehakiman - Armizan
13 Oktober 2026 07:12pm[VIDEO] Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
13 Oktober 2026 02:41pmIsteri orang ditangkap khalwat bersama duda dalam bilik sewa
13 Oktober 2026 10:53amKerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
13 Oktober 2026 02:42pmYamaha Y15 dilelong serendah RM1,400, Mercedes Benz RM4,480
13 Oktober 2026 03:09pm- Iklan -- Iklan -

