Rendahnya peratus orang jumpa doktor gigi...

A
A

KAJIAN menunjukkan 8 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit pergigian.

Sementara itu, hanya 27.4 peratus orang dewasa mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam tempoh 1 tahun dan hanya 42 peratus orang dewasa berjumpa doktor gigi dalam tempoh 2 tahun terdahulu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peratusan yang rendah ini kebanyakannya disebabkan oleh persepsi orang ramai bahawa mereka tidak mempunyai masalah dalam mulut (68 peratus).

Beliau memberitahu demikian ketika merasmikan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia 2019 (World Oral Health Day 2019) di Putrajaya, semalam.

Dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha memberikan yang terbaik khususnya dalam promosi kesihatan pergigian menerusi Program Kesihatan Pergigian KKM dengan tema Say Ahh: Act on the Mouth Health.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia