Pusat proses getah krip tambah nilai hasil getah

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan melancarkan Program Projek Transformasi Perusahaan Getah (Target) di Padang Terap, Kedah.

Target merupakan antara usaha daripada pihak kementerian dalam meningkatkan penglibatan pekebun-pekebun kecil meneroka peluang baharu dalam rantaian pengeluaran getah.

Zuraida berkata, kementerian memberi perhatian kepada isu-isu yang berkaitan dengan para pekebun kecil getah terutama sekali dalam jurang ekonomi yang dihadapi mereka.

"Kita sentiasa memikirkan cara untuk membantu meningkatkan pendapatan dan membaik pulih taraf kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Melalui Program Target, agensi di bawah KPPK seperti Lembaga Getah Malaysia dan Majlis Getah Malaysia dapat membantu dalam memberi sokongan teknikal dan pembiayaan kepada organisasi-organisasi yang layak yang ingin turut serta.

Getah krip yang boleh dijual pada nilai harga yang lebih tinggi merupakan satu alternatif baharu buat pekebun-pekebun kecil getah dalam mempelbagaikan sumber pendapatan mereka daripada sekadar bergantung kepada hasil pengeluaran lateks atau getah beku mangkuk semata-mata. - Bernama

Artikel Berkaitan: