27 mangsa banjir di dua PPS di Selangor, Melaka

Banjir sejak minggu lalu menyebabkan seramai 13 mangsa daripada empat keluarga kini masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.
Banjir sejak minggu lalu menyebabkan seramai 13 mangsa daripada empat keluarga kini masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi Ahad.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dikeluarkan pada 8 pagi Ahad, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak 8 Mac lepas.

Di Melaka, seramai 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa PPS Sekolah RTB Bukit Changgang di Selangor ditutup sepenuhnya pada Ahad.

Artikel Berkaitan: