Terengganu giat kempen tutup aurat sempurna

Zuraida (kanan) merakam gambar bersama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa dan peserta program Jelajah Untukmu Wanita daerah Kuala Terengganu yang diadakan di Masjid Al-Hijrah Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, hari ini.
Zuraida (kanan) merakam gambar bersama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa dan peserta program Jelajah Untukmu Wanita daerah Kuala Terengganu yang diadakan di Masjid Al-Hijrah Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu terus melaksanakan kempen menutup aurat dengan memberi fokus menutup aurat dengan sempurna kepada masyarakat di negeri ini.

ADUN Wanita, Zuraida Md Noor berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan menitik beratkan pendekatan secara berhikmah.

“Antara program pertama yang dilakukan sebelum ini ialah Terengganu Hijabs Day di mana yang belum tutup aurat kita dakwah untuk pakai tudung supaya menutup aurat.

"Manakala, mereka yang telah menutup aurat kita kempen untuk labuhkan tudung dengan sempurna sehingga menutupi dada.

“Selain itu, kita juga adakan ‘street dakwah’ dengan mengedar risalah dakwah berkaitan aurat, pakaian yang sempurna, pakaian yang digariskan Islam kepada anak-anak muda, remaja, belia dan beliawanis serta wanita dan golongan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Untukmu Wanita daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Program Jelajah Untukmu Wanita diadakan di empat DUN di Kuala Terengganu iaitu di Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Bandar dan Ladang sebelum diikuti tujuh lagi daerah lain di negeri ini.

Program itu dijangka disertai lebih 2,000 peserta terdiri dalam kalangan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan: