Kelibat pemimpin PN tidak kelihatan

Keadaan di pusat pergerakan PN yang masih lagi lengang setakat jam 9 malam pada Sabtu.
Keadaan di pusat pergerakan PN yang masih lagi lengang setakat jam 9 malam pada Sabtu.
A
A
A

KULAI - Keadaan di pusat gerakan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai di sini masih lagi lengang dan tidak kelihatan kelibat seorang pun pemimpin gabungan parti tersebut sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Setakat jam 9.15 malam tadi, pusat gerakan PN di sini hanya memainkan berita Astro Awani di paparan skrin di hadapan pentas.

Petugas media yang sudah berada di sini sejak jam 7 malam tidak berjaya mendapatkan sebarang komen berhubung keputusan PRN Johor memandangkan tiada pemimpin PN di dalam dewan mahu pun di sekitar kawasan hotel.

Artikel Berkaitan: