Dua kementerian bincang urus HPU awam

Maszlee - Foto Bernama
Maszlee - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan berkata, pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan hari ini.

Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.

“Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.

Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: