Inkues Muhammad Hidayat disebut semula 11 April depan

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Koroner Kuantan menetapkan 11 April depan sebagai sebutan semula prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian seorang tahanan dalam lokap polis, Muhammad Hidayat Abdul Halim.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain yang bersidang sebagai koroner menetapkan tarikh terbabit ketika kali pertama kes disebut pada Jumaat.

Pegawai pengendali inkues berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mat memberitahu dokumen lengkap berkaitan kes itu akan diserahkan kepada peguam pemerhatian mewakili keluarga mangsa, Mohd Ashraf Othman pada tarikh sebutan itu.

"Serahan dokumen itu bagi memudahkan urusan perbicaraan kelak," katanya.

Muhammad Hidayat, 44, disahkan meninggal dunia dalam lokap tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 11 Oktober tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai buruh telah ditahan di rumahnya pada pagi 8 Oktober tahun lalu di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes telah didaftarkan di Mahkamah Koroner Kuantan pada 25 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: