Mangsa ketiga insiden tanah runtuh meninggal dunia

Korban ketiga dipercayai lelaki berbangsa India mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dibawa keluar anggota polis menggunakan trak pasukan pada kira-kira jam 12.52 tengah malam ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2 Ampang. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang juga mangsa ketiga ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat mangsa dikeluarkan pada jam 10.58 malam.

"Mangsa ditemui di luar rumah pertama yang musnah akibat tanah runtuh, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Khamis.

Mohamad Farouk memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat berhadapan cabaran dalam mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

Mohamad Farouk (tengah) ditemui dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.
Mohamad Farouk (tengah) ditemui dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Pada Khamis, media melaporkan empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.

"Kita turun menggunakan anjing pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dilaporkan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.