Legasi Muhyiddin segar di Gambir

Hasrat membela rakyat diteruskan melalui Ikrar PN untuk menjadikan Johor sebagai negeri berdaya saing

A
A
A

Mohd Solihan (kanan) ketika beramah mesra bersama penduduk DUN Gambir ketika berkempen di Parit Kassan pada Isnin.
Mohd Solihan (kanan) ketika beramah mesra bersama penduduk DUN Gambir ketika berkempen di Parit Kassan pada Isnin.

TANGKAK - Atas inisiatif dan keprihatinan kerajaan ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak lapan pakej rangsangan yang dilaksanakan telah memanfaatkan lebih 20 juta rakyat, serta 2.4 juta premis dan entiti perniagaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion, dengan satu tujuan iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Kini, hasrat untuk membela rakyat diteruskan melalui Ikrar Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan Johor sebagai negeri berdaya saing.

MOHD SOLIHAN
MOHD SOLIHAN

Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Solihan Badri berkata, Ikrar PN yang ditawarkan itu juga adalah berasaskan kepada keperluan terkini rakyat selain perancangan jangka masa panjang bagi jaminan pentadbiran yang lebih efisyen pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai perkara yang ingin dibawakan PN khusus bagi kawasan ditandinginya, Mohd Solihan berkata, Gambir merupakan lokasi berpotensi untuk dikembangkan dan sentuhan daripada Ikrar PN itu adalah ramuan terbaik untuk pelaksanaanya.

"Wadah ini kita kira adalah platform politik, tetapi sebenarnya apa falsafah perjuangan yang kita PN mahu terapkan. Ia adalah usaha untuk kita buktikan kesungguhan wakil rakyat kita dalam melaksanakan sesuatu.

"Paling utama, perkara yang saya mahu laksanakan di sini (Gambir) adalah ia mestilah merangkumi semua aspek sama ada ekonomi, sosial, kesihatan mahupun pendidikan," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Mohd Solihan yang juga Ketua Penerangan PN Johor memberitahu, hasrat pertamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat di Gambir adalah meneruskan legasi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga mantan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Jadi kalau saya nak kembangkan perkara ini adalah saya mahu meneruskan hasrat Muhyiddin untuk membangunkan Gambir sebagai kawasan industri ringan.

"Sebenarnya keputusan untuk perkara ini telah pun dibuat. Ia akan dilaksanakan cuma ketika ini kita hanya berhadapan dengan isu masih mengenal pasti lokasi sesuai dan tanah yang boleh digunakan," katanya.

Reaksi

ABDUL RAZAK
ABDUL RAZAK

“Kita harap jika Perikatan Nasional mentadbir semula negeri, usaha ini dapat dilaksanakan dan meringakan beban rakyat. Bantuan Prihatin Rakyat yang diberikan kerajaan Muhyiddin dulu amat diperlukan. ” Mohd Razak Sahdan, 43

NUR FATEHAH
NUR FATEHAH

“Apa yang orang muda mahukan adalah peluang pekerjaan. Saya sokong Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP) seperti dilancarkan Muhyiddin sebelum ini kerana menyediakan banyak peluang kerja kepada belia,” Nur Fatehah Amzah, 29

AHMAD
AHMAD

“Saya mahu melihat pentabdiran kerajaan yang lebih dinamik seperti kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum ini. Kerajaan bersih dan mempunyai pemimpin yang dekat dengan rakyat,” Ahmad Kamso, 68