Tanah runtuh: Dua mangsa sudah diselamatkan

Anggota bomba sedang mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, pada petang Khamis.
Anggota bomba sedang mengeluarkan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, pada petang Khamis.
A
A
A

AMPANG - Dua individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, pada petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua mangsa itu cedera ringan.

"Mangsa pertama iaitu seorang lelaki warga tempatan diselamatkan kira-kira jam 6.54 petang manakala mangsa kedua merupakan wanita warga tempatan diselamatkan kira-kira jam 7.53 petang.

"Pihak bomba masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat dua lagi mangsa di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Dalam kejadian tersebut, empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang kira-kira jam 5.52 petang, pada Khamis.

Mangsa membabitkan penghuni di dalam sebuah rumah dan pekerja binaan berhampiran.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Artikel Berkaitan: