Tanah runtuh: 15 rumah terjejas, dua daripadanya tertimbus

Kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, Kuala Lumpur lewat petang Khamis.
Kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang, Kuala Lumpur lewat petang Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan termasuk dua tertimbus selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang di sini lewat petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.54 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan termasuk dua daripadanya tertimbus serta 10 buah kenderaan di lokasi kejadian turut dilaporkan terjejas.

"Saya juga dimaklumkan ada beberapa orang dilaporkan cedera dan maklumat awal ada empat mangsa, salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat.

"Mangsa terbabit melibatkan penghuni di dalam rumah dan pekerja binaan yang menjalankan kerja di kawasan berhampiran rumah," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha menyelamat mangsa masih diteruskan dan maklumat mengenai kejadian akan dimaklumkan selepas usaha menyelamat mangsa selesai.

Artikel Berkaitan: