TMJ luluskan cek untuk padang baharu Harimau Malaya

TUNKU ISMAIL
TUNKU ISMAIL
A
A
A

PEMILIK kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menandatangani cek untuk padang Zeon Zoysia venue rasmi Harimau Malaya tersebut selepas mengumumkan penajaan kos penanaman rumput baharu untuk Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pemeriksaan Stadium Nasional akan dijalankan 19 Mac, sebelum meneruskan urusan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia. Syarikat rumput dan krew penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim bersedia memulakan kerja," kata JOHOR Southern Tigers dalam kenyataan di Facebook JDT pada Khamis.

Untuk rekod, urusan menandatangani cek dilakukan Tunku Ismail beberapa jam selepas mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu di stadium berkenaan.

Artikel Berkaitan: