202 mangsa banjir kilat di Kluang dipindahkan ke PPS

No Image Caption
A
A
A

KLUANG - Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan seramai 202 mangsa banjir kilat selepas kediaman mereka dinaiki air sejak pagi Khamis.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, kesemua mangsa itu terdiri daripada 54 keluarga daripada lapan penempatan.

Katanya, tiga PPS berkenaan mula dibuka pada jam 8 pagi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana, Dewan Kampung Kolam Air dan SK Sungai Linau.

“Bagi PPS SK Sri Kencana, ia menempatkan seramai 112 mangsa iaitu penduduk dari Kampung Bukit Keremoyang, Kampung Pisang, Kampung Sungai Rambai, Kampung Paya Mas, Kampung Batu 6 dan Kampung Mohd Amin.

“Selain itu, dua lagi PPS yang dibuka pula menempatkan 58 mangsa daripada Kampung Kolam Air dan tujuh mangsa dari Kampung Sungai Linau,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Difahamkan, pegawai daripada agensi bertugas juga telah berada dalam keadaan siap siaga bagi memantau keadaan semasa selain mengesan sekiranya terdapat mangsa lain yang perlu dipindahkan.

Artikel Berkaitan: