Che Ta ambil tindakan undang-undang

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
A
A
A

BEKAS pemandu peribadi pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta, 46, iaitu Muhammad Riduan Mohamad Mizol, 21, bakal berdepan tindakan undang-undang.

Memetik laporan mStar Online, menurut peguam Che Ta, Wan Sarimah Husain dari firman guaman CSQlaw, susulan kegagalan Riduan tidak muncul selepas diberi tempoh untuk tuntutan maaf, pihaknya sedang menyediakan dokumen berkaitan sebelum ia difailkan.

"Berikutan keengganan dia tidak tampil membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

"Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan," jelas Sarimah yang akan memaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil kemudian.

Artikel Berkaitan: