Lagi jeneral tentera Rusia maut di Ukraine

Vitaly Gerasimov - Foto Wikimedia Commons
Vitaly Gerasimov - Foto Wikimedia Commons
A
A
A

KIEV - Seorang jeneral tentera Rusia terbunuh berhampiran bandar Kharkiv dalam pertempuran dengan tentera Ukraine pada Isnin.

Kematian itu disahkan oleh Ketua Direktorat Perisikan Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan.

Pegawai tentera Rusia yang terbunuh itu dikenali sebagai Mejar Jeneral Vitaly Gerasimov, 45, dan beliau merupakan komander kanan Rusia kedua yang maut dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Kematiannya menjadi satu lagi tamparan hebat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pada minggu lalu, media Rusia melaporkan seorang lagi pemimpin tentera Rusia telah terbunuh.

Pemimpin tentera itu, Mejar Jeneral Andrei Sukhovetsky, 47, terbunuh semasa operasi khas diadakan di Ukraine.

Laporan menyatakan bahawa Sukhovetsky telah ditembak dan dibunuh oleh penembak tepat berhampiran Mariupol. - Agensi

Artikel Berkaitan: