Khairy beri taklimat buka sempadan kepada komuniti perniagaan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu mengadakan libat urus dengan lebih 30 peserta daripada komuniti perniagaan dan kedutaan asing pada sesi ‘Kuala Lumpur Business Club (KLBC) Fireside Chat’ di sini.

Acara yang berlangsung selama satu jam itu bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk pengembara perniagaan asing sebagai persediaan untuk pembukaan semula sempadan negara bulan depan di bawah fasa peralihan ke endemik.

Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Hannah Birdsey dan Pengarah Urusan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Datuk Charon Mokhzani.

Khairy turut memberi taklimat kepada peserta mengenai perkembangan terkini kadar vaksinasi di negara ini sebelum menjawab soalan daripada mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan: