PKMD cari ibu kandung, waris Linesh

Linesh
Linesh
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Shah Alam mencari ibu kandung atau waris kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Linesh yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

PKMD Shah Alam menerusi satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak dianggarkan berusia setahun itu kini dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Menurut kenyataan itu, ibu Linesh perlu tampil bagi proses permohonan pendaftaran sijil kelahiran kanak-kanak terbabit.

"Satu perintah penjagaan telah diambil di Mahkamah Bagi Kanak-kanak Shah Alam pada 27 Januari lalu dan kes akan disebut semula pada 22 Mac ini.

“JKM berharap ibu kandung kanak-kanak atau warisnya hadir ke PKMD Shah Alam, Unit G2, Tingkat G, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai kes (pelindung) iaitu Anis Zainol Abidin di talian 03-55458901,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Artikel Berkaitan: