Buka sempadan keputusan tepat pulihkan negara: Muhyiddin

Muhyiddin (dua dari kiri) dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space di Stadium MPM Lenga pada Rabu.
Muhyiddin (dua dari kiri) dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space di Stadium MPM Lenga pada Rabu.
A
A
A

PAGOH - Keputusan pembukaan sempadan negara pada 1 April depan merupakan satu keputusan tepat untuk memulihkan pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan itu memberi kesan amat besar kepada ekonomi rakyat.

“Ini satu keputusan tepat dan saya sebagai Pengerusi MPN juga telah berbincang beberapa kali awal tahun ini supaya sempadan antarabangsa boleh dibuka seberapa segera untuk aspek pembangunan sosial serta ekonomi, perdagangan, perniagaan, pelancongan dapat pulih lebih pantas.

“Selain itu, kita sudah sampai ke peringkat kadar vaksinasi tertinggi di dunia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space di Stadium MPM Lenga di sini, pada Rabu.

Muhyiddin berkata, pihak-pihak yang terlibat sama ada pelancongan, perhotelan dan penerbangan boleh membuat perancangan segera untuk menerima pelancong, pelawat serta pelabur luar yang tentunya mempercepatkan proses pemulihan.

“Banyak kesan yang menunjukkan negara kita boleh kembali seperti sedia kala dalam tempoh beberapa bulan ke hadapan,” kata Muhyiddin.

Artikel Berkaitan: