Taraf hidup rakyat dipertingkatkan

Tazul Arifin (dua, kanan) beramah mesra dengan orang ramai semasa berkempen dalam kawasan DUN Permas, Pasir Gudang.
Tazul Arifin (dua, kanan) beramah mesra dengan orang ramai semasa berkempen dalam kawasan DUN Permas, Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kesejahteraan Sosial iaitu tunjang kelima ditawarkan dalam Ikrar Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu mengubah status dan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Tazul Arifin Nasri berkata, Johor memerlukan satu lonjakan progresif selepas dilanda pandemik Covid-19 yang mengakibatkan banyak sektor terbantut dan perlahan perkembangannya.

Tazul Arifin berkata, sekiranya menang di kerusi tersebut pihaknya mahu menterjemahkan tunjang kelima ikrar tersebut iaitu dengan melakukan lima perkara di DUN Permas untuk kesejahteraan sosial.

Pertama katanya, memastikan kebajikan rakyat di DUN Permas mendapat pembelaan sewajarnya bersesuaian dengan permasahalahan mereka.

"Kita juga akan memastikan wakil Sabah dan Sarawak di DUN Permas mempunyai tempat dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan mereka mengenengahkan permasahalanan mereka.

"Kita tidak mahu mereka yang datang dari dua negeri itu merasa terpinggir apabila berada di sini. Kita juga mahu menyediakan 'web base' yang mempunyai pangkalan data lengkap berkenaan peluang pekerjaan melibatkan lebih 5,000 kilang di Pasir Gudang.

"Menerusi pangkalan data ini semua pihak boleh buat rujukan dalam web tersebut sama ada lepasan universiti atau orang awam, mereka boleh cari jawatan yang sesuai termasuk mengikut kelulusan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di bilik gerakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Gudang di sini pada Isnin.

Menurutnya, selain itu akan memastikan pengurusan kewangan peruntukan untuk DUN Permas dijalankan dengan telus, cekap dan amanah.

Artikel Berkaitan:

Begitu juga katanya, membantu dan menjadi pemudah cara kepada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyelesaikan isu-isu keciciran dalam mendapatkan pendidikan yang sebaiknya.

Suasana PRN Johor di DUN Tiram menyaksikan pelbagai bahan kempen diletakkan di tepi jalan utama ke Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, pada Selasa.
Suasana PRN Johor di DUN Tiram menyaksikan pelbagai bahan kempen diletakkan di tepi jalan utama ke Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, pada Selasa.

Perkara kedua katanya, akan melakukan pemerkasaan ekonomi antaranya melibatkan penternakan akuakultur, perikanan, perusahaan makanan laut dan pelancongan akan terus berkembang dan terbela.

"Mengadakan siri-siri kursus keusahawanan maya kepada peniaga kecil sederhana (PKS) terutamanya bagi golongan wanita untuk menambah kemahiran dalam perniagaan dengan bantuan agensi-agensi yang berkenaan.

"Ini termasuk mempromosikan dan menaik taraf Pasar Borneo dan Pasar Muafakat sebagai sebuah pusat tarikan pelancong. Kita juga menyokong sebarang usaha untuk mengubah wajah kawasan perniagaan di bandar Masai agar menjadi sumber tarikan pelancong," katanya.

Sementara perkara ketiga yang akan dilakukan selari dengan ikrar tersebut, beliau berkata, proses kemampanan perancangan akan dilakukan dengan mengekalkan kampung-kampung yang mempunyai geran dan dipastikan segala fasiliti mencukupi serta diselenggara dengan baik.

"Begitu juga akan memastikann terdapat kerjasama antara persatuan orang kurang upaya (OKU) dan PBT demi memastikan kemudahan-kemudahan sedia ada bagi golongan OKU akan ditambah dan dinaik taraf.

"Perkara keempat pula melibatkan kelestarian alam sekitar iaitu dengan menyokong dan menegakkan sebarang usaha pembangunan industri berteknologi tinggi yang boleh mengatasi masalah pencemaran," katanya.

Jelasnya, ini termasuk memastikan sungai-sungai dalam Pasir Gudang mendapat perhatian sewajarnya agar tidak dicemari dengan sisa toksik melalui kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

Kata Tazul Arifin lagi, perkara kelima pula adalah menitikberatkan aspek kerohanian iaitu dengan mengadakan program ilmu bersifat kerohanian dengan bantuan agensi kerajaan dan pihak swasta.

"Ini juga bagi memastikan agensi-agensi yang berkaitan dapat turun padang membantu dan melihat sendiri keadaan rakyat DUN Permas yang mempunyai masalah berkaitan kekeluargaan," katanya.

REAKSI

Wan Abdul Halim
Wan Abdul Halim

"Tunjang kelima Ikrar PN iaitu Kesejahteraan Sosial mampu meningkatkan kehidupan rakyat menjadi lebih baik. Apa yang ditawarkan semua tunjang dalam ikrar itu memang mampu direalisasikan." Wan Abdul Halim Wan Abd Rahman, 53, Taman Rinting

"Kesejahteraan Sosial ini akan melibatkan perubahan yang lebih baik terhadap antaranya aspek pendidikan, kesihatan, liputan telekomunikasi dan keselamatan." Mohd Jais Othman, 65, Taman Air Biru

Razak
Razak

"Kita harap Kesejahteraan Sosial akan melonjakkan pembangunan ekonomi Johor yang mapan termasuk disokong melalui pendigitalan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)." Razak Mohamed, 44, Permas Jaya.

Ismail
Ismail

"Tunjang kelima ini diyakini akan memberi tumpuan kepada semua golongan masyarakat termasuk belia, wanita, warga emas, orang kurang upaya, masyarakat Orang Asli dan komuniti Felda." Ismail Ibrahim, 54, Taman Nusa Damai.

"PN mampu meningkatkan kecekapan infrastruktur termasuk kemudahan hotspot wifi secara percuma di pusat tumpuan orang ramai dan merancakkan sektor pelancongan." Zamrin Hamzah, 54, Taman Bandar Baru Seri Alam.

Alhafiz
Alhafiz

"Ini amat bertepatan dalam meningkatkan prospek pendidikan di sini terutama perkembangan di Bandar Seri Alam yang menyaksikan terdapat banyak sekolah dan kolej antarabangsa selain institusi pengajian tempatan." Alhafiz Nordin, 30, Taman Molek.