Bomba siap siaga, Hulu Langat dinaiki air

Keadaan semasa di sekitar Sungai Serai, Hulu Langat. - Foto JBPM
Keadaan semasa di sekitar Sungai Serai, Hulu Langat. - Foto JBPM
A
A
A

HULU LANGAT - Beberapa tempat di sini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut pada petang Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Semenyih telah dikerahkan ke lokasi sekitar jam 5 petang sebagai langkah berjaga-jaga.

"Antara kawasan terbabit adalah di Sri Nanding di mana bantuan dalam perjalanan membabitkan sebuah bot aluminium dari BBP Pandan.

"Taman Murni dan Batu 11 dilaporkan air telah surut dan di Sungai Serai pasukan bantuan telah tiba di lokasi bersama sebuah bot aluminium," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan sebanyak seramai 300 penduduk di Selangor dipindahkan akibat bencana banjir.

Seramai 300 daripada 56 keluarga mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor berikutan hujan berterusan sejak petang Isnin.

Artikel Berkaitan: