Wanita perlu diberi akses sama

Dr Siti Mariah
Dr Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - Pemahaman terhadap kesaksamaan gender perlu bersesuaian dengan konteks Malaysia sesuai dengan negara yang menjunjung tinggi nilai agama dan norma budaya,

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berpendapat asas penting memahami kesaksamaan gender ialah peranan lelaki atau wanita adalah sama.

Menurut beliau, lelaki dan wanita perlu diberikan akses sama terhadap sumber negara selain peluang berpartisipasi termasuk dalam ekonomi, politik, pembuat keputusan dan pendidikan.

"Komitmen kerajaan Selangor dalam mendaya upaya wanita ke arah mencapai kesaksamaan gender diterjemah dalam Belanjawan Selangor 2022 dengan peruntukan hampir RM5.03 juta bagi pelaksanaan inisiatif dan program pembangunan wanita dan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2022 dengan mengangkat tema 'Saksama Bersama' tahun ini.

Tambah beliau, kesemua program dan aktiviti berkaitan akan dilaksanakan Wanita Berdaya Selangor termasuk penganjuran Majlis Kongres Wanita Negeri Selangor (Manis) bakal berlangsung pada 25 Mac ini.

"Selain mengukuhkan usaha pendayaupayaan wanita di negeri ini, Manis bertujuan memberi ruang dan platform kepada perwakilan wanita Selangor untuk menyalurkan idea, pendapat dan aspirasi mengenai perancangan jangka masa panjang pendayaupayaan wanita terutama memurnikan Pelan Tindakan Dasar Wanita Selangor," katanya.

Justeru, kerajaan Selangor turut mengalu-alukan penyertaan wanita Selangor daripada pelbagai latar belakang menyertai Manis untuk kemajuan negeri.

Artikel Berkaitan: