Banjir di Selangor surut kecuali Bukit Changgang

Pasukan bomba melakukan pemantauan dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan di Bukit Changgang.
Pasukan bomba melakukan pemantauan dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan di Bukit Changgang.
A
A
A

SHAH ALAM - Banjir di Selangor kembali surut kecuali di Bukit Changgang, Kuala Langat yang masih ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter susulan insiden ban pecah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian dilaporkan sekitar jam 10.30 pagi Selasa susulan aliran air dari Hulu Langat ke Sungai Langat telah menyebabkan paras sungai berkenaan meningkat dan melimpah.

Bagaimanapun menurutnya, tiada pemindahan dilakukan kerana rumah penduduk tidak terjejas.

"Bomba telah membuat laporan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pengurusan Bencana Selangor untuk tindakan pembaikan.

"Dimaklumkan kerja pembaikan sedang dilakukan. Anggota bomba meneruskan rondaan dan pemantauan serta berada di lokasi bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kemas kini di Facebook berkata, setakat jam 12 tengah hari Selasa, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Selangor menempatkan 1,129 mangsa banjir daripada 295 keluarga.

Artikel Berkaitan: