Hujan renyai tidak halang pengundian awal PRN Johor

Hujan renyai pada hari pengundian awal di Dewan Dato Onn Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pada Selasa.
Hujan renyai pada hari pengundian awal di Dewan Dato Onn Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan renyai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pagi ini tidak menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) beratur di luar pusat mengundi di Dewan Dato Onn di sini seawal jam 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tinjauan Sinar Harian di pusat pengundian awal Dewan Dato Onn mendapati rata-rata anggota keluar awal dan tidak menjadikan hujan sebagai halangan untuk mereka menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan mereka.

Difahamkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang juga bekas Ketua Polis Johor akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Johor di Dewan Dato Onn hari ini.

Anggota polis beratur untuk memasuki pusat pengundian di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor.
Anggota polis beratur untuk memasuki pusat pengundian di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor.

Seramai 22,531 pengundi terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah itu seramai 11,576 adalah warga PDRM Johor.

Artikel Berkaitan: