Buah larak sukar ditemui

Khaidir bersama buah larak yang ditemui di kebun miliknya baru-baru ini.
Khaidir bersama buah larak yang ditemui di kebun miliknya baru-baru ini.
A
A
A

TEMERLOH - Generasi muda mungkin tidak pernah berjumpa atau menikmati buah larak merah atau nama saintifiknya, Polyalthia beccaril kerana tumbuhan itu hanya boleh ditemui meliar di hutan atau semak samun di tepi sungai.

Rasanya yang masam-masam manis dan isi berbiji itu dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Bagaimanapun, buah yang dikenali sebagai pisang kera itu kini difahamkan sukar ditemui

Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad, tidak menyangka buah tersebut ditemui di kebun miliknya di Kampung Durian Tikus di sini baru-baru ini.

Khaidir berkata, buah itu pertama kali ditemui di kawasan berkenaan dan mengambil peluang memuat naik gambar pokok berkenaan di Facebook.

"Ramai yang terkejut buah ini masih tumbuh tetapi hanya individu tertentu yang mengenalinya

"Antara yang komen Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Profesor. Datuk Dr Aripin Said yang memberitahu akar buah ini digunakan oleh bidan antaranya bagi tujuan mengecutkan saluran peranakan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, biji buah tersebut mungkin dibawa oleh haiwan liar dan tumbuh di kebun miliknya.

Artikel Berkaitan:

"Ini satu rezeki dan peluang dan menerusi syarikat, Hybrid Nursery, saya akan cuba membiakkan buah larak selepas ini," jelasnya lagi.