Mohd Izzat Afifi dipilih sebagai Presiden MBM

Mohd Izzat Afifi (dua dari kiri) dipilih sebagai Presiden MBM pada Ahad lalu.
Mohd Izzat Afifi (dua dari kiri) dipilih sebagai Presiden MBM pada Ahad lalu.
A
A
A

KUANTAN - Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-23.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2022-2024 itu diadakan sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-71 yang berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada Ahad.

MBNP berkata, Mohd Izzat Afifi mengambil alih teraju kepimpinan daripada penyandang sebelumnya, Jufitri Joha yang memimpin MBM sesi 2018-2020 dan 2020-2022.

Menurut kenyataan itu, seramai 385 perwakilan layak mengambil bahagian dalam MPAT kali ini.

"Penamaan calon diadakan pada 5 Mac dan proses pengundian pada 6 Mac lalu.

"Keputusan penuh pengiraan undi diperoleh jam 5 petang yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT ke-71, Wan Mohd Husni Abdullah," jelas MBNP dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, pemilihan kali ini menyaksikan persaingan bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa.

Artikel Berkaitan: