46 lokasi berpotensi jadi sumber pencemaran

Bee Yin (kiri) ketika hadir taklimat pembentangan laporan jawatankuasa saintifik susulan pencemaran bahan sisa kimia Sungai Kim Kim di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.
Bee Yin (kiri) ketika hadir taklimat pembentangan laporan jawatankuasa saintifik susulan pencemaran bahan sisa kimia Sungai Kim Kim di Bangunan Dato Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sebanyak 46 lokasi di Pasir Gudang dikesan berpotensi menjadi sumber pencemaran.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin berkata, lokasi berkenaan diperolehi melalui data dari satelit ketika pemantauan pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim dilakukan.

“Kita menemui 46 lagi lokasi baharu berpotensi menjadi kawasan pencemaran di Pasir Gudang melalui data satelit.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan kerana data yang diperoleh setakat ini menerusi data imej satelit dan dron tidak berapa jelas," katanya.

Tambahnya, pihaknya akan menghantar anggota ke kawasan terbabit untuk pemantauan lanjut kerana tiada angka tepat sama ada kawasan berkenaan membabitkan kawasan pelupusan sampah domestik, mahu pun lokasi pembuangan sisa berjadual.

Dalam perkembangan lain, Bee Yin berkata, pihaknya akan mewujudkan jawatankuasa penilai melibatkan kawasan perindustrian di Pasir Gudang yang mana juga akan dilakukan di kawasan-kawasan perindustrian di negara ini.

"Apa kita belajar dari isu ini adalah kita kena perkukuh prosedur operasi standard (SOP) dan perkukuh lagi macam mana boleh monitor lagi kualiti alam sekitar," katanya.

Artikel Berkaitan: