Usaha bantu nelayan amat dihargai

SHAMSUDIN
SHAMSUDIN
A
A
A

Golongan nelayan pesisir selat Johor yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Golongan nelayan pesisir selat Johor yang memerlukan perhatian dan bantuan.

JOHOR BAHRU - Sebarang usaha yang dilakukan bagi membantu golongan nelayan di kawasan terjejas dengan pembangunan khususnya di pesisir selat Johor amat dihargai.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan, Azli Mohd Aziz berkata, terdapat seramai lebih 2,000 nelayan pesisir pantai atau kategori zon A di pesisir selat Johor merangkumi enam kawasan parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN).

AZLI
AZLI

Katanya, enam kawasan parlimen itu ialah Tanjung Piai, Iskandar Puteri, Pulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau.

"Bantuan khas kepada golongan nelayan di kawasan pesisir selat Johor dapat membantu meringankan beban nelayan.

Artikel Berkaitan:

“Bantuan itu akan digunakan nelayan untuk membeli peralatan menangkap ikan selain menampung perbelanjaan keperluan harian yang lain.

"Kami golongan nelayan bukan hendak bergantung bantuan daripada kerajaan tetapi kami dihimpit dengan pembangunan di kawasan pesisir selat Johor menyebabkan sukar mencari rezeki," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut Azli, pesisir selat Johor yang terletak di kawasan strategik dengan Singapura menjadi lokasi pelabuhan, janakuasa tenaga, penambakan pulau dan industri.

"Keprihatinan mewujudkan manifesto bagi bantuan khas nelayan di kawasan pesisir selat Johor amat dihargai nelayan. Ia membuktikan nasib golongan nelayan sentiasa diutamakan dengan pelbagai bantuan disalurkan sejak sekian lama.

"Saya bersyukur kerana golongan nelayan diberikan perhatian serius ketika Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor," katanya.

Pada Rabu, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ikrar PN "Demi Bangsa Johor" bagi PRN Johor yang menggariskan beberapa perkara antaranya bantuan khas kepada nelayan berdaftar yang terkesan akibat projek pembangunan di pesisir selat Johor.

REAKSI NELAYAN

AH KAU
AH KAU

"Pengumuman ini walaupun belum dilaksanakan tetapi amat melegakan kerana pendapatan nelayan terjejas sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat projek-projek pembangunan. Nelayan bukan sahaja terjejas dengan aktiviti pembangunan tapi juga pencemaran.” - Lim Ah Kau, 64, nelayan Kampung Pasir Gudang Baru

GUHARI
GUHARI

"Bantuan seperti ini memang amat diperlukan. Kalau tidak ada, kita khuatir lama-kelamaan nelayan tidak mahu turun ke laut dan akibatnya negara terpaksa import ikan pula nanti." - Guhari Tasiran, 59, nelayan Kampung Sungai Rinting

GUHARI
GUHARI

"Kita harap Perikatan Nasional (PN) benar-benar tunai janji memberikan bantuan khas ini, tidak seperti Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini hanya tahu menabur janji. Bantuan ini dilihat dapat membela nasib nelayan.” - Shamsudin Aziz, 51, nelayan Taman Rinting

MAZLAN
MAZLAN

"Ini sedikit sebanyak mengujakan dan dapat meringankan beban serta harapan mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup sekali gus dapat menyerap bahang kenaikan kos sara hidup." - Mazlan Hamzah, 55, nelayan Kuala Masai

SAP
SAP

"Kalangan nelayan memang patut dibantu. Ini bagi memastikan bekalan ikan di Malaysia terus konsisten. Kita bukan setiap masa turun ke laut kerana kadang-kadang musim hujan, ribut selain bergantung kepada keadaan kesihatan." - Sap Ahmadi, 50, nelayan Kampung Pasir Gudang Baru

NOOR
NOOR

Syukur jika dapat dan harap bantuan seperti ini sampai kepada kepada golongan nelayan yang benar-benar memerlukan. Apa pun bantuan yang diberikan nanti dapat meneruskan kehidupan mereka terutama berdepan dengan pasca Covid-19." - Noor Said, 30, nelayan Taman Rinting